Nov 29, 2009

Adakah ini benar??


Dunia skrg macam2 perkara bleh terjadi, samaada mungkin rekaan terpulang pada kita utk menerima mesej itu dgn cara mana kita berfikir dan
sesungguhnya hanya Allah yang maha berkuasa dan itulah kepercayaan kita.. kita kongsi berita dari Moscow ni.. Wallahualam




MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi




Nov 28, 2009

Ada betul ke.. Para Suami???

funny wedding Pictures, Images and Photos

Jangan mare aku para2 isteri ye kalo ngomel bawah nih wat korang nak luku kapla aku..  Ini takde kene mengene ngan idup atau separuh idup.. Perkara2 yg bleh wat suami naik darah!!  heheee..   jommm..  zasssss!!! 



1~Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak
walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak
tau.. bla bla bla "



2~Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan
selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry
la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "



3~Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak
dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport
section tu ayang dah buat bungkus belacan.."



4~Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik
dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja
atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli
garam,gula beras dan susu budak ....boleh singgah tak mana
mana ..pleaze "

 


5~Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc
harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."



6~Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik
lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap
sememeh... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar
rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan
dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."



7~Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan
manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari
tolong saya potong ayam nih.."



8~Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada
suami untuk bercerita jugak.
ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau
tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi
tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak
tau....bla bla bla bla."



9~Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik
abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti
nih...betina mana pulak awak nak nih..."



10~Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak
makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."



11~Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah
rosak.."


DAN AKHIR SEKALI

Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang
munasabah. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih
dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak
masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."


Nov 26, 2009

Ilmu dan belajar


Allah telah beri ilmu yang berharga pd aku suatu tika dulu kerana aku telah bertemu dgn org yg salah


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Dan kerana itu aku masih belajar utk impian.. impian di akhirat.. yg jauh tertinggal di belakang..



Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya,
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai..

Saya belajar,

Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Saya belajar,

Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perhatian pada saya.



Saya belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.



Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak meyayangi saya...

Saya belajar,

Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan saya....
Dan untuk itu saya harus memaafkannya....

Saya belajar,

Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

Saya belajar,

Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya,
Tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya belajar,

Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

Saya belajar,

Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya..

Saya belajar,

Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya..

Saya belajar,

Bahawa saya punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya belajar,

Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang saya cintai..

Saya belajar,

bahawa orang – orang yang yang saya kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan saya...

Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.

Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini.




Nov 25, 2009

Ni gelak bermoral tauu..

Kita mmg suka gelak kan.. bila rasa gelihati ngan lawak teman2.. bila hati kita ceria itu adalah baik gak utk kesihatan.. so aku nak tanya pada korang.. cuba jwb ngan jujur.. gelak tak korang atau korang akan cite plak ngan kekawan lain kalo..................... org yg tak pernah jumpa dan satu hari terjumpa

Photobucket


Muahaha!!!!.. mmg le aku pun ketawa.. mcm kene batang idung aku je.. jangannnn.. tak baikkk tauuu.. jom layan contoh yg tak bape nak baik nih


Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal
Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)
Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.
Amin: Lepas tu pulak kan…
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Moral: Jangan gelakkan orang.

Nov 24, 2009

Perhati dan pimpin dari jauh


blind mice Pictures, Images and Photos
Kisah ini di ambil dari satu artikel


Suatu petang sorang wanita sdg cuba menaikki sebuah bas yg baru berhenti.. seluruh penumpang memerhatikan gelagat wanita itu. Dlm keadaan bertatih-tatih wanita itu berjalan sambil tgn menyentuh kiri dan kanan bahagian tempat duduk lalu dia meraba-raba pula pada bahagian tempat duduk utk pastikan bahawa tmpat itu kosong.. wanita itu berseorangan dan wjhnya kelihatan ceria

Wanita ini mengalami cacat penglihatan.. dahulunya dia adalah seorang yg periang dan aktif dlm aktiviti samada berkumpulan maupun dirumahnya tapi musibah dtg tatkala dia sdg menikmati sebahagian dari kehidupannya.. dia di serang penyakit yg membutakan ma
tanya dan sekaligus memutuskan harapan utk meneruskan hidup krn apa yg dia hadapi kini hanyalah kegelapan.. bagaimana gelapnya penglihatan begitulah juga gelap masa depan dirasanya

Tapi wanita ini beruntung krn ada suami yg masih syg pd nya.. krn kasih syg itulah suaminya cuba mengembalikan semula semangat dan kepercayaan dlm diri wanita itu.. tugas ini bukan senang dan byk perlukan kesabaran krn wanita itu sudah terlalu kecewa dgn keadaan dirinya.. mulalah langkah demi langkah suami memberi dorongan dgn mencari keistimewaan utknya. Setiap hari suami akan memimpin wanita itu untuk
belajar berdikari berjalan sendiri menggunakan nikmat anggota pacaindera yg lain

Pada satu saat wanita itu sengaja di tinggalkan oleh suaminya dgn niat supaya wanita itu boleh berani berjalan sendiri.. wanita itu menangis.. tetapi sebenarnya suami wanita itu masih berada dekat sambil memerhatikan dari jauh.. hati suami mmg sedih melihat wanita itu tapi hakikatnya dia berjaya membuatkan wanita itu semakin mengorak langkah hari demi hari dan sehinggalah wanita itu dpt berjalan tanpa perlu dipimpin lagi.. Dan wanita itu masih tak tahu bahawa suaminya sentiasa memerhatikan dari jauh utk keselamatan
nya. Kini wanita itu sudah yakin dan bersemangat utk meneruskan hidupnya.
~
~
~

Kita ibarat org buta yg diberi semangat utk terus hidup dan bekerja.. kita tak dapat melihat Allah, tapi Allah terus membimbing kita ibarat kisah suami wanita itu.. kita lalai dgn meninggalkanNya tapi Allah sentiasa memerhatikan

Allah berfirman: Aku selalu bersama hamba-Ku selama ia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak menyebut-Ku.” (Riwayat Ibnu Majah)

Tapi kita celik.. dan adakah kita akan juga meraba2 dlm kegelapan
doadoa




Nov 23, 2009

Ikut penanda yang betul


long road! Pictures, Images and Photos

Ada laluan yg panjang.. tapi satu tahapnya kita tidak temui lagi arahnya.. kita hanya temui satu jalan yg tertera pada penanda jalan tu JALAN BUNTU

Pernah ke korang jumpa?.. kita byk berhadapan dgn masalah yg mungkin akan dpt kita selesaikan tapi camna plak kalo masalah tu menemui jalan buntu.. time tu le kepala hotak nih bagai nak di hantuk2 ke dinding.. byk perkara berkaitan dgnnya.. kerja, duit, pertikaian keluarga, harta dan sebagainya

Bila hadapi situasi ini.. kita akan mengalami tekanan perasaan dan ada separuh org akan lakukan perkara yg diluar batasan.. tambah2 lagi kalo minta tolong dari org terdekat tetapi mrk tak dpt nak membantu..

Dan aku melihat mrk yg berada di jalan bunt
u nih, mrk akan terus sesat dlm perjalanan itu.. jiwa mrk tertikam dgn kehendak.. pemikiran mrk terperangkap dlm samar dan biarkan putus asa menembusi hati.. mrk dah mengalah

Apa daya kita utk membantu kan.. tapi satu yg aku tahu.. bermohon pada Allah.. setiap masalah pasti ada jln keluarnya..

'Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) beserta kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu'. (QS. Muhammad:35)

Kita tak berada ditempat itu.. JALAN BUNTU.. jadi kita jgn memperlekehkan dan pandang sipi org yg berada disitu.. tapi kalo yg tgh baca n3 ni sdg temu jalan buntu.. sila guna google map utk cari jalan kuar hehee!!!.. sempat seloroh jap

Don't give up... Pictures, Images and Photos


Ikut penanda arah yang betul






Nov 22, 2009

Baramu


Matahari mmg panas
tapi matahari juga adalah sinar
Sunny Pictures, Images and Photos
kalo takde matahari baju tak kering

Dan aku suka lihat matahari.. biar dekat ia membara
namun ia tetap berjauhan kerana ingin menyinari bumi

sun shine Pictures, Images and Photos

Aku lihatmu dari kejauhan ini





Related Posts with Thumbnails